Ini adalah gambar yang aku tertinggal untuk nak update...tak pa lah ya...layan ja lah ya...ni gambar di Sheffield . Gambar belakang rumah saja.
.....memori di bumi Eropah
di sini hati ku sepi..di sini jiwa ku terisi..di sini terciptanya seribu memori....
Saturday, July 06, 2013
Hati ini rindu.......
Assalamualaikum...tadi cek viewers dah ada 13, 400 lebih blog cabuk aku ni..tak sangka pulak. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca blog aku ni. Saja saja jek...untuk mengisi isi hati dan menvisualkan abstrak yang wujud di minda ini.
Hari ni ada kelapangan sikit untuk aku membelek blog yang dah bersarang ni.
Anggaplah penulisan ini hanya satu perkongsian. Niat aku hanyalah untuk berkongsi keindahan dan rasa dari minda yang penuh dengan pelbagai rasa. Maaf jika banyak terdapat kesalahan ayat atau tatabahasa kerana ia hanyalah cetusan minda spontan.
Hari ni aku nak berkongsi kisah yang aku pendamkan sejak aku balik ke Malaysia,
kisahnya bermula begini.......................
Kisah aku di UK...selama aku di UK aku dah menyambut 4 kali raya...aku memendam rindu yang keterlaluan pada sanak saudara di Malaysia. Aku rindukan kehangatan mentari Malaysia yang aku tak rasa selama aku di UK. Aku rindu aku rindu aku rindu.
Walaupun umur yang semakin meningkat...ingatan dan keinginan disambut dengan kasih sayang...ibu dan keluarga di Malaysia sangat aku dambakan.
......dulu................aku membesar di asrama...setiap minggu atau 2 minggu sekali aku akan pulang ke kampung bertemu ibu yang aku cintai. Ibu atau panggilan aku pada beliau adalah "mama". Setiap kali aku pulang ke rumah yang pastinya mama akan masakkan pelbagai hidangan pada aku...bukanlah hidangan dengan lauk pauk yang mahal...cuma ikan goreng kembong , kari ikan, sayur air dan sikit sambal belacan. Namun...itulah hidangan paling istimewa dalam hidup aku kerana...ibu aku meraikan kepulangan aku dengan kasih sayang dan pelukan.
Setelah aku dewasa..(atau dah masuk kategori tua dah kot...sbb dah 41 tahun tahun ni) aku masih mengkhayalkan suasana itu ...lebih lebih lagi bila aku menjejakkan kali pertama kaki aku setelah hampir tahun ke 4 aku tidak pulang ke Malaysia.
Mama sudah hampir 6 tahun telah tiada...beliau telah pergi menemui Allah di usia 56 tahun. Meninggalkan 4 anak anak yang sudah dewasa...pemergian beliau secara tiba tiba.....kaku di katil dengan bibir tersenyum..badan yang panas dan lembut sehingga beliau dikapankan...masyaAllah. Itulah berkat kesabaran menempuh pelbagai ranjau dalam kehidupan. Kekal dengan kasih sayang yang beliau berikan....
Tapi hingga kini..................................................rupanya aku hanya bermimpi disiang hari...aku jadi mat jenin yang hanya berangan angan untuk mendapatkan kembali kasih sayang itu yang tak mungkin aku dapat. Kini giliran aku untuk memberi kasih sayang aku pada anak-anak. Aku tak dapat sambutan kasih sayang seperti yang aku angankan.....seperti cerita rakan-rakan yang masih muda mendapat sambutan dari keluarga tercinta setelah pulang ke tanah air tercinta.
Allah maha besar..Allah maha pengasih..Allah maha penyayang..dicelah celah tangisan dan tirisnya air mata kerinduan ...aku bersyukur kerana masih mempunyai rakan-rakan yang kadang kadang aku rasa seperti IBU aku sendiri. Terima kasih kepada insan-insan yang telah Allah gerakkan hati untuk memberi keistimewaan itu pada aku sekeluarga......
AL FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAMAH HAJJAH SALMA BINTI ABDULLAH......terima kasih kerana menjadi ibu yang sabar....dan mendidik kami dengan penuh kasih sayang...........moga Allah masukkan beliau bersama golongan orang-orang yang beriman....moga kita dapat berjumpa sauatu masa nanti 'di sana.....'insyaAllah...aminnn

cerita hati ketika di Malaysia
Assalamualaikum rakan-rakan viewers.....saya dan family sudah 8 bulan ada di Malaysia, perasaan bercampur baur apa bila nak tinggalkan bumi Sheffiel. Bumi Sheffield terlalu banyak memberi kenangan dalam hidup...kehidupan di bumi asing terlalu banyak memberi erti dalam hidup ini. Walaupun hampir 4 tahun lebih berada di bumi asing..ia terlalu banyak memberi erti dalam hidup ini. Aku sudah mula memahami hakikat dalam hidup, baiki hubungan aku dengan maha pencipta dan erti kekeluargaan yang amat aku harapkan selama ini.
GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH ADALAH PERCUTIAN PERTAMA AKU DI KUANTAN. ALHAMDULILLAH MASIH WUJUD INSAN-INSAN YANG AKU ANGGAP MASIH MENYAYANGI DIRI INI WALAUPUN DAH LAMA AKU TIDAK RASA KASIH SAYANG IBU TERCINTA DAN KASIH SAYANG KELUARGA YANG MENYAMBUT KEPULANGAN AKU ..
Walaupun aku sudah mencapai umur angka empat..tapi aku baru mula memahami pelbagai perkara yang aku anggap aku abaikan selama ini. Kehidupan yang tidak bekerja banyak memberi peluang aku memperbaiki apa yang aku abaikan selama 12 tahun dulu. Dulu habis saja berpantang..aku terus serahkan anak-anak kepada pengasuh..anak anak membesar dgn pengasuh dan taska. Tapi aku tiada pilihan...kerana itulah tuntutan dunia moden yang perlukan material untuk melansungkan kehidupan yang serba serbi memerlukan material. Tapi...alhamdulillah Allah telah memberikan ruang kepada aku untuk mendampingi anak anak yang sedang remaja diketika usia aku 37 tahun...dan berpeluang membentuk anak anak dari pelbagai segi di ketika mereka berada di usia remaja. Moga anak anak yang aku sayangi ini menjadi anak yang solehah dan berjaya didunia dan akhirat...aminnn...
Rakan-rakan sekelian....rebutlah peluang yang kita ada untuk membimbing anak anak kita...doakanlah mereka....kerana jika kita asyik menunggu masa yang sesuai...takut takut kita terlepas peluang yang telah Allah berikan secara kita tidak sedar. Mulalah dengan membimbing diri sendiri dahulu...mula berubah dari segi pemaikaian yang dituntut agama...insyaAllah anak akan lebih mudah mengikut rentak perubahan kita ke arah yang lebih baik. cubalah sedaya upaya mengubah kehidupan dan perhubungan kita dengan Allah ...dan berdoalah...kerana aku juga manusia yang sedang mencari keredhoaan Allah....tidak salah jika kita cuba perbaiki dari sehari ke sehari...kerana Allah itu maha mendengar dan maha pengasih...mulalah dengan niat kita menghampiri ke arah sesuatu yang diredhoi Allah...
Aku tidaklah kata kehidupan aku sekarang adalah terbaik...cuma..kehidupan dari sehari ke sehari terasa sesuatu yang aku tidak rasa dulu....aku rasa rapat dengan Allah...dan mudah terasa sedih apabila dengar kisah kisah nabi Muhammad ya rasullullah. Doakan terus kepada Allah agar hati kita tidak dibolak balikkan oleh iblis yang tak pernah jemu mengajak manusia ke arah keburukan..nauzubillah...

Thursday, February 02, 2012
masih cerita snow di Peak District
Gambar ni di ambil sebelum sampai ke bukit/puncak bukit....hati bergelora nak nengok snow...(haisshhh macam laa tak pernah rasa snow.....dah kali ke 4 dah ni...) tapi biasala aku kan orang Malaysia.....sedangkan mat saleh sini pun berduyun duyun hiking..ambil gambar beria..inikan aku anak jati Perlis.....exited lahhh kann...harusss....
Ni scenery di bawah bukit...atau kaki bukit.......snow ciput ciput jaa.....
Taraaaa........with my love one......kush kush ho ta heeiii.....
Tuesday, January 31, 2012
gambar-gambar candid
Cuma nak cerita macam mana anak-anak ajak masuk hutan...aku lah orang yang paling takut nak turun...pakaian dah laa..ala ala gedikss ropon ropon...pas tu hiking pulak...he he sungguh tak seswai....apa apa pun layan jaa permintaan keluarga...Dalam pengembaraan tu...mama dia laa org yang paling lambat...hwaa...mak tak rela....turun bukit naik bukit.....nanti rosak la penampilan mak tau...he he
tahun 2012
Monday, January 30, 2012
Tengok mat saleh ramai-ramai berhenti di persimpangan jalan...sebab nak ambil gambaq....
Ni ...biasa laaa..gaya anak-anak dara kesayangan..yang macam-macam hal........
Bukan niat aku nak tunjuk buntut ini anjing.......cuma nak tunjuk...bahawa anjing pun sejuk...depa pun pakai baju.......comel jeeek....terkodek kodek...
Subscribe to:
Posts (Atom)