Saturday, April 30, 2011

aktiviti musim bunga...2011...di UK

Ini adalah cerita musim bunga 2011....Patutlah musim bunga ditunggu tunggu.....selama hampir 8 bulan sejak autumn...kami duduk dalam kesejukan...Kesejukan yang sejuk...Macam mana nak cerita..kalau aircond 19 celcius..ok jugak...ni 24 jam suhu bawah 10c. Dalam rumah di Uk ni tak semua kita dapat apa yang kita nak...kalau nak rumah yang panas..heater on sepanjang masa kena lah keluar modal dan belanja besar untuk panaskan rumah....tapi bagi kami yang anak dah besar ni..belanja dapur amat lah tinggi..maka terpaksa kurangkan gas untuk heater...ehhh apasal aku melalut ni pasal winter ni...ni nak cerita musim bunga....sorryy...

Gini..musim bunga adalah musim spring...he he sama la tu kan....bayangkan kegembiraan setelah nampak bunga dan cahaya matahari memancar mancar...pokok yang selama 7 bulan kering kontang...keluar bunga...rumput yang mampuih kering kesejukan ..juga keluar bunga..kebanyakan bunga yang keluar tanpa daun....Oh nikmat sungguh kurniaan Allah yang maha esa...kegembiraan tidak terucap...kerana dapat melihat bunga di mana-mana. Syukur.

Ini lah bila kita berada jauh di negara orang, baru perasa betapa indahnya wujudnya matahari dan kehijauan serta bunga bungaan. di Malaysia. 8 bulan dalam kesejukan bukanlah menda yang main-main. Susah nak fikir, susah nak masak...dan macam macam lagi..eh sorry cerita winter lagi..(sebenarnya...aku menulis cerita ni semasa suhu di sekeliling di bawah paras beku...mungkin -3c. Cerita dalam gambar di bawah adalah spring..tapi bila tulisan ini dikarang semasa winter...feel tu kereng.....) nanti lah sambung lagi......

Ni backyard kami...waktu spring..memang ceria..tapi winter kalu..malas la nak cakap...belakang rumah tok aku lagi cantik. (sorry cakap kasaq siket...expression..ehem ehem).


Bila spring, baru la ada mood nak main kat luar.

Pernah makan kentang dak..(soalan pawer)..gini..ni nak cerita pokok kentang. Pokok kentang kalau tanam sini memang hidup suboq. Main campak saja di tanah 2,3 ketui..pas tu beranak berpuluh ketui...best tak yah beli kentang. Gini...gambaq di sebelah ialah bunga kentang...sangatlah cantik....pokok dia akan meliau merata rata..(tau dak meliau tu apa...maksudnya meliar)...rimbung...pokok renik....

Satu hari bila dah habih bunga,aku nak tebas. ingatkan pokok ni useless..tiba...tiba...bila aku selak daun dia....tu dia berkeceretek (beketul-ketul) ubi kentang di tanah..so kami sekeluarga pun gumbira.........

Pengajarannya ialah bila dah tanam pokok kentang, bila bunga dah abes dan poko ala ala nak mati...bahawasanya maka arakian banyaklah kentang di bawahnya........sekian lah cerita kentang untuk minggu ini.....


Ni bunga popi. Di Uk..pokok popi adalah pokok liar yang boleh dilihat dimana-mana ..berbagai warna....sungguh gumbira...tapi di Malaysia..anda akan ditangkap jika menanamnya...owhh tidakkk..... Tapi bunga popi ni bukan yang buat ganja tu..ni pokok popi jalanan ja....hiasan. Tumbuh liar tak dapat di kawal.





Ni bunga bluebell. Tumbuh meliar juga..dan sangggaattt wangi...I likeee.....


Ni kebun I...(I la PULAK......)biasala.......aktiviti semasa spring....mak cik urut ni kalau tak ngurut, tulis buku teks stpm,kalau boring writing, painting, kalau boring painting, kebun...kalau boring kebun..baking.......uishhhh hebatkan...)adoiyai.....



Ni strawberry. Bangga uuu dapat tanam belakang rumah...buah dia sampai tak termakan. Banyak.(semua ni atas izin Allah jugak kan...bagi rezeki..pokok-pokok tu idup segar)...jangan takbur..tak baieek...

NI pulak blackberry....tumbuh meliaq di belakang rumah...amatttts banyak..........manis, lazat, enak berkrim..disukai oleh anak anak aku....he



Ni bung Dahlia. Teringat kawan sekolah nama Dahlia. Dia kawen dngan cikgu aku..ha ha..jodoh kann??

ni merah punya.....


Ni bunga biru...pelikkan bunga kaler biru...tapi memang biru...oh kuasa Allah.



Ni apa adik-adik???


Ni bunga apa kawan-kawan...jawap jawapp






Bunga ni cantik tapi dia memberi ingatan sedih..sebab bunga bunga ni aku hadiahkan pada kawan aku di sini yang kematian baby dia..dan dia letakkan bunga ni atas kubur baby dia.
Gini..cerita dia...aku nak gi melawat dia...yang kesedihan kematian baby yang cukup bulan dalam perut...aku lak tak tahu nak bawak apa...melihatkan bunga yang sangat banyak di belakang rumah..aku pun bawaklah kat dia......untuk menggembirakan hati dia...
..dan bunga itu diletakkan di atas kubur anaknya.....al fatihah...



Ni kentang yang aku tanam tu...cerita di atas tuu...gemuk dak?







Ni darling aku Aein...I luv you forever n ever....juga nur maisarah dan illyah..moga berjaya dunia akhirat...aminn




Ni cerita taman bunga...malas ahh nak tulis...tengoklah ya gambor gambornyer..pas tu rekalah cerita apa apa...mak redho nok!!!




Ini penulis dengan cik abangnya...yang maintain...tapi cik Hanim maintain jugak...(maintain sengeh)














Jangan pandang belakanggggg...........
Ni jambangan bunga yang dirembat dari rumah Peah. Jiran aku yang baik hati. T kasihh Peah.....

No comments:

Post a Comment