Ini adalah percutian ke Holland. Holland ni dulu orang panggil Belanda. Negerinya kecik..tapi boleh menakluk dunia...
Ini adalah Aein...bersama perempuan Belanda dengan pakaian tradisional. Kalau tengok susu Dutch Lady di Malaysia atau susu pekat manis cap junjung..ada logo dia....ni lah pakaian tradisional depa...berrrlapis-lapissss...
Gambar ni adalah di depan pintu masuk ladang tulip Keuhenhof. Keindahan bunga tulip, Hyacinth dan macam macam jenis bunga lagi....sungguh cantik kurniaan Allah terhadap hambanya. Bila kita melihat keindahan yang Allah berikan jangan lah lupa untuk mengucapkan masyaAllahlaquwataillabilla hil a'zim..Mengikut Ustaz Wan Sohor Bani Leman....ucapan itu akan membawa kita melihat 10 lagi keindahan ciptaan Allah..di dunia ini.(dengan izin Allah).
Ladang tulip di kawasan ini seluas-luas alam dan saujana mata memandang. Bunga Hyacinth yang ditanam diladang ni amatlah wangi......Allahhuakbar...terlalu indah kurniaan Allah. Bila kita melihat keindahan, insaflah bahawa setiap apa yang ada di dunia adalah sementara, akhirat juga yang berkekalan. Banyak-banyakkan lah bertaubat di atas kealpaan diri.
Gambar di atas ialah birthday Illyah ke 12 pada 23.4.2011. Sambut di atas fery..dan semua orang putih nyanyi sama-sama ramai-ramai Happy Birthday kat Illyah. Malu la pulak si Illyah ni. Happy Birthday sayang mama. Aein..12.4..Sarah 16.4...semua birthday bulan April..moga menjadi anak yang salleh dan taat pada perintah ibu bapa serta berjaya dunia akhirat..aminn.
teringin nak menunggang motor mengelilingi europe..
ReplyDelete