Saturday, July 06, 2013

cerita hati ketika di Malaysia

Assalamualaikum rakan-rakan viewers.....saya dan family sudah 8 bulan ada di Malaysia, perasaan bercampur baur apa bila nak tinggalkan bumi Sheffiel. Bumi Sheffield terlalu banyak memberi kenangan dalam hidup...kehidupan di bumi asing terlalu banyak memberi erti dalam hidup ini. Walaupun hampir 4 tahun lebih berada di bumi asing..ia terlalu banyak memberi erti dalam hidup ini. Aku sudah mula memahami hakikat dalam hidup, baiki hubungan aku dengan maha pencipta dan erti kekeluargaan yang amat aku harapkan selama ini.



GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH ADALAH PERCUTIAN PERTAMA AKU DI KUANTAN. ALHAMDULILLAH MASIH WUJUD INSAN-INSAN YANG AKU ANGGAP MASIH MENYAYANGI DIRI INI WALAUPUN DAH LAMA AKU TIDAK RASA KASIH SAYANG IBU TERCINTA DAN KASIH SAYANG KELUARGA YANG MENYAMBUT KEPULANGAN AKU ..






Walaupun aku sudah mencapai umur angka empat..tapi aku baru mula memahami pelbagai perkara yang aku anggap aku abaikan selama ini. Kehidupan yang tidak bekerja  banyak memberi peluang aku memperbaiki apa yang aku abaikan selama 12 tahun dulu. Dulu habis saja berpantang..aku terus serahkan anak-anak kepada pengasuh..anak anak membesar dgn pengasuh dan taska. Tapi aku tiada pilihan...kerana itulah tuntutan dunia moden yang perlukan material untuk melansungkan kehidupan yang serba serbi memerlukan material. Tapi...alhamdulillah Allah telah memberikan ruang kepada aku untuk mendampingi anak anak yang sedang remaja diketika usia aku 37 tahun...dan berpeluang membentuk anak anak dari pelbagai segi di ketika mereka berada di usia remaja. Moga anak anak yang aku sayangi ini menjadi anak yang solehah dan berjaya didunia dan akhirat...aminnn...

Rakan-rakan sekelian....rebutlah peluang yang kita ada untuk membimbing anak anak kita...doakanlah mereka....kerana jika kita asyik menunggu masa yang sesuai...takut takut kita terlepas peluang yang telah Allah berikan secara kita tidak sedar. Mulalah dengan membimbing diri sendiri dahulu...mula berubah dari segi pemaikaian yang dituntut agama...insyaAllah anak akan lebih mudah mengikut rentak perubahan kita ke arah yang lebih baik. cubalah sedaya upaya mengubah kehidupan dan perhubungan kita dengan Allah ...dan berdoalah...kerana aku juga manusia yang sedang mencari keredhoaan Allah....tidak salah jika kita cuba perbaiki dari sehari ke sehari...kerana Allah itu maha mendengar dan maha pengasih...mulalah dengan niat kita menghampiri ke arah sesuatu yang diredhoi Allah...

Aku tidaklah kata kehidupan aku sekarang adalah terbaik...cuma..kehidupan dari sehari ke sehari terasa sesuatu yang aku tidak rasa dulu....aku rasa rapat dengan Allah...dan mudah terasa sedih apabila dengar kisah kisah nabi Muhammad ya rasullullah. Doakan terus kepada Allah agar hati kita tidak dibolak balikkan oleh iblis yang tak pernah jemu mengajak manusia ke arah keburukan..nauzubillah...


No comments:

Post a Comment