Saturday, July 06, 2013

Hati ini rindu.......

Assalamualaikum...tadi cek viewers dah ada 13, 400 lebih blog cabuk aku ni..tak sangka pulak. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca blog aku ni. Saja saja jek...untuk mengisi isi hati dan menvisualkan abstrak yang wujud di minda ini.

Hari ni ada kelapangan sikit untuk aku membelek blog yang dah bersarang ni.

Anggaplah penulisan ini hanya satu perkongsian. Niat aku hanyalah untuk berkongsi keindahan dan rasa dari minda yang penuh dengan pelbagai rasa. Maaf jika banyak terdapat kesalahan ayat atau tatabahasa kerana ia hanyalah cetusan minda spontan.

Hari ni aku nak berkongsi kisah yang aku pendamkan sejak aku balik ke Malaysia,

kisahnya bermula begini.......................

Kisah aku di UK...selama aku di UK aku dah menyambut 4 kali raya...aku memendam rindu yang keterlaluan pada sanak saudara di Malaysia. Aku rindukan kehangatan mentari Malaysia yang aku tak rasa selama aku di UK. Aku rindu aku rindu aku rindu.

Walaupun umur yang semakin meningkat...ingatan dan keinginan disambut dengan kasih sayang...ibu dan keluarga di Malaysia sangat aku dambakan.

......dulu................aku membesar di asrama...setiap minggu atau 2 minggu sekali aku akan pulang ke kampung bertemu ibu yang aku cintai. Ibu atau panggilan aku pada beliau adalah "mama". Setiap kali aku pulang ke rumah yang pastinya mama akan masakkan pelbagai hidangan pada aku...bukanlah hidangan dengan lauk pauk yang mahal...cuma ikan goreng kembong , kari ikan, sayur air dan sikit sambal belacan. Namun...itulah hidangan paling istimewa dalam hidup aku kerana...ibu aku meraikan kepulangan aku dengan kasih sayang dan pelukan.

Setelah aku dewasa..(atau dah masuk kategori tua dah kot...sbb dah 41 tahun tahun ni) aku masih mengkhayalkan suasana itu ...lebih lebih lagi bila aku menjejakkan kali pertama kaki aku setelah hampir tahun ke 4 aku tidak pulang ke Malaysia.

Mama sudah hampir 6 tahun telah tiada...beliau telah pergi menemui Allah di usia 56 tahun. Meninggalkan 4 anak anak yang sudah dewasa...pemergian beliau secara tiba tiba.....kaku di katil dengan bibir tersenyum..badan yang panas dan lembut sehingga beliau dikapankan...masyaAllah. Itulah berkat kesabaran menempuh pelbagai ranjau dalam kehidupan. Kekal dengan kasih sayang yang beliau berikan....

Tapi hingga kini..................................................rupanya aku hanya bermimpi disiang hari...aku jadi mat jenin yang hanya berangan angan untuk mendapatkan kembali kasih sayang itu yang tak mungkin aku dapat. Kini giliran aku untuk memberi kasih sayang aku pada anak-anak. Aku tak dapat sambutan kasih sayang seperti yang aku angankan.....seperti cerita rakan-rakan yang masih muda mendapat sambutan dari keluarga tercinta setelah pulang ke tanah air tercinta.


Allah maha besar..Allah maha pengasih..Allah maha penyayang..dicelah celah tangisan dan tirisnya air mata kerinduan ...aku bersyukur kerana masih mempunyai rakan-rakan yang kadang kadang aku rasa seperti IBU aku sendiri. Terima kasih kepada insan-insan yang telah Allah gerakkan hati untuk memberi keistimewaan itu pada aku sekeluarga......




AL FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAMAH HAJJAH SALMA BINTI ABDULLAH......terima kasih kerana menjadi ibu yang sabar....dan mendidik kami dengan penuh kasih sayang...........moga Allah masukkan beliau bersama golongan orang-orang yang beriman....moga kita dapat berjumpa sauatu masa nanti  'di sana.....'insyaAllah...aminnn







No comments:

Post a Comment