Thursday, September 17, 2009

Anak-anak dah pi sekolah

Semasa org lain kat Malaysia sibuk dengan persiapan hari Raya yang bakal menjelang..aku pulak kat sini sibuk dengan persiapan 3 anak aku yang baru nak masuk sekolah (14.9.2009)...
emmm...dah hampir 4 bulan anak anak tak sekolah...
dua bulan kat Malaysia...2 bulan kat Sheffield.............dok meloncat kat rumah...sedih pulak aku nak lepaskan depa pi sekolah......tapi itu sekejap saja ...apa apa pun syukur dia orang dapat sekolah....

SARAH akan belajar di First Park Community Arts College..pada hari Isnin (21.9.09)..mungkin raya ke dua atau raya pertama ..... SARAH year 8 (ting. 2) w/pun umur dia baru 12 tahun....apa apa hal pun Alhamdulillah.

Ini Nur Illyah dalam kelas dia...he he kelas macam tadika je...pi sekolah Lenggang kangkung... di Malaysia...diaorang terpaksa bawak beg sekolah 6-7 kilo tiap hari...kesiann dah la kurus kurus.......tapi sini tak bawak apa apa pulak pi sekolah...kita lah pulak yang naik bimbang.....NUR illyah year 6...walau pun dia baru 10 tahun. NUR Aein year 3...w/pun dia baru 7 tahun...sini semuanya sekolah sediakan.. dari buku hinggalah pensil dan pemadam.








SEBELUM masuk kelas..Aein dan Illyah kena beratur..nama sekolah ni FIRSHILL . Students nak pakai baju sekolah pun tak pa...baju biasa pun tak pa...Aein antara budak terkecik sekali dalam kelas dia..tapi tak lah kecik sangat...cuma orang lain tu saiz M dan L..dia saiz S. Ramai anak Pakistan dan Arab sini...raya ni sekolah cuti 3 hari..cikgu mat saleh pun pandai makan capati dan jawap salam...so far memang tak de racist sini ..alhamdulillah.

4 comments:

  1. Assalamualaikum Hanim, cantik gambarnya, rasa nak gi sana gak. Tahniah sebab dah dpt sekolahkan anak-anak walaupun pada ke dua hari raya. Selamat hari raya moga di rahmati Allah selalu - Kak Ram - IPIS (geng UM 2005/07)

    ReplyDelete
  2. cikgu!!!!!!!! selamat hari raya~ ^^
    eileen here..
    miss you le... T.T

    loads of love...

    ReplyDelete
  3. kak ram...elin...t kasih tengok blog ni...eleein:i miss u...
    k ram : bila nak mai sini...weh...

    ReplyDelete
  4. lawls! cikgu take care well k~ <3 loads of love and miss... *hugs*

    ReplyDelete